Sejarah Ikan Laga Betta

Betta splendens ialah nama saintifik yang diberi oleh Bleeker pada tahun 1850 diambil dari perkataan Jawa iaitu ‘Wader Bettah’. ‘Bettah’ bermaksud sifatnya yang tahan lasak. Sebagai ikan yang membina sarang buih ketika membiak ikan jantan lebih menunjukkan sifat ‘parental care’ mengawasi anaknya sehingga mampu hidup sendiri..Ikan betina pula tidak akan menjaga anaknya..setelah ia bertelur, ikan betina perlu diasingkan..

Di Malaysia, ikan laga turut dikenali sebagai sekila, sekilau, sepila, betta dan karin. Panggilan ini berbeza mengikut masyarakat setempat di Malaysia yang berbilang loghat. Setiap negeri ada loghatnya dan panggilan pun berbeza. 

Dahulu di Malaysia, ikan laga ini hanya dimainkan oleh kanak-kanak yang biasa turun ke bendang bagi menangkap ikan-ikan laga ini. Ikan laga yang ditangkap di sawah dikenali dengan spesis imbellis yang mana mereka sangat agresif dan garang. Warna yang gelap dan metallic menarik minat pemelihara atau penangkap untuk membelanya. 


jenis ikan imbellis -> souce from google image


Terkenal dengan nama ikan laga, ikan ini pada suatu ketika dahulu digunakan sebagai hiburan dengan melagak-lagakan mereka. Sirip dan insangnya yang terbuka meggamit tarikan kepada pelaga-pelaga yang suka melihat mereka bergaduh sesama sendiri. Walaupun aksi melagakan ikan ini agak kejam, sehingga sekarang, tradisi ini masih diamalkan oleh sebilangan masyarakat sama ada di dalam Malaysia atau di luar negara. 

Kini, setelah munculnya betta splendens dan kemasukan ikan-ikan laga splendens daripada Thailand dan Indonesia telah mengembang biakkan industri show bettas di Malaysia, di samping kajian yang telah dilakukan di Malaysia. Kini, ikan laga hias atau betta hias semakin digemari di semua peringkat usia kerana variasi pelbagai warna yang menarik dan juga jenis jenis ekor yang pelbagai bentuk dan saiz. 



jenis halfmoon


Pelbagai pertandingan show bettas juga diadakan sama ada di dalam negara sehinggalah ke peringkat antarabangsa yang mempertaruhkan kecantikan ikan oleh pembiak dan peminat ikan laga dari seluruh dunia. 







Comments