Cara mengenal ikan bersedia
Pembiakan ikan laga atau betta splendens sangat mudah tetapi mencabar. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan menyediakan induk yang berkualiti dan ready to breed. Ini boleh dinilai dengan ikan laga jantan membuat buih di atas permukaan air manakala si betina akan mempunyai bonjolan putih di bahagian bawah perut dan badan yang berbelang menegak apabila terlihat si jantan. Itu adalah tanda-tanda awal ikan anda bersedia untuk mengawan.
Pembiakan ikan laga atau betta splendens sangat mudah tetapi mencabar. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan menyediakan induk yang berkualiti dan ready to breed. Ini boleh dinilai dengan ikan laga jantan membuat buih di atas permukaan air manakala si betina akan mempunyai bonjolan putih di bahagian bawah perut dan badan yang berbelang menegak apabila terlihat si jantan. Itu adalah tanda-tanda awal ikan anda bersedia untuk mengawan.
Proses Conditioning
Setelah memilih induk, anda perlu mengkondisikan ikan tersebut. Apa itu conditioning process?
Kalau dalam bahsa mudahnya, sesi suai kenal antara si betina dan jantan. Bagaimana caranya?
1. Sediakan bekas breeding, tak kisah lah akuarium atau besen atau bekas asalkan boleh letak air, selamat digunakan. Air tidak perlu terlalu tinggi, cukup dalam sejengkal jari.
2. Lepaskan ikan jantan dalam bekas tersebut.
3. Letakkan ikan betina dalam bekas tersebut juga tetapi dalam bekas berasingan yang lutsinar cthnya botol kaca ataupun bekas pu plastik.
4. Letakkan daun ketapang dan ruang untuk si jantan buat buih, guna bekas polisterin atau plastik.
Proses Spawning dan bertelur
Seterusnya adalah proses spawning ataupun mengawan oleh kedua-dua ekor ikan ini. Perkara pertama yang harus dilihat adalah buih yang dibuat oleh si jantan. Sebelum melepaskan betina ke dalam bekas spawn tersebut, perhatikan jika si jantan telah membuat buih dalam bekas spawn tu.. Jika dah ada, ambil si betina dan masukkan ke dalam bekas spawning tersebut, keluarkan bekas si betina yang asal tu dari spawning tank.
Setelah selesai, biarkan pair tersebut untuk proses mengawan. Seeloknya lepaskan pada awal pagi, spawning process akan berlaku pada waktu tengah hari. Si jantan akan mengejar si betina sehingga si betina menyerah, lalu proses mengawan berlaku apabila si jantan membelitkan tubuhnya pada si betina. Telur akan keluar dari perut betina dan mereka akan bersama-sama mengutip telur2 yang jatuh itu untuk diletakkan pada buih.
Untuk kondisi yang terbaik juga, biarkan pair ini di tempat yang gelap dan tiada gangguan. Jika letak di tempat yang cerah, tutup bekas tersebut supaya keadaan lebih tenang untuk mereka bersenyawa.
Proses Akhir
Akhir sekali, selepas anda melihat terdapat telur-telur yang berwarna putih pada buih-buih, dan si jantan menghalau betina dari sarang, keluarkan si betina dari spawning tank dan asingkan ke dalam bekas yang besar, menggunakan air daun ketapang yang bersih untuk proses pemulihan. Biarkan jantan dalam tangki mengawan untuk proses pengeraman telur dan penetasan.
Senang kan? Tidak susah pun untuk breed ikan laga ni. Cubalah!
Ikan laga betina boleh mengawan berapa kali?? Sbb dah bg mengawan.. nk cuba yg kedua boleh ke?
ReplyDelete10 kali bossku
DeleteTapi setiap janka kawhin untk bertina 2 bulan sekali
DeleteAir tu kalau dah diperamkan selama seminggu dan bubuh daun ketapang, adakah perlu dititik dlm air anti klorin?
ReplyDeletesalam, hi, dlm tempoh kahwin tu , cik bagi makan x ..tq in advance
ReplyDeleteBerapa lama ikan betina dan jantan tu mengawan..mcm mna nak tahu diorg danhabis mengawan
ReplyDeletemolek tak breed ikan musim hujan?
ReplyDeleteMasa mengawan dan menetas telur tu kena bagi makan x utk induk?
ReplyDeletenak tanya.. kalau ikan jantan sya buat buih banyak2.. perlu ke sya bagi dia pasangan??
ReplyDelete