Makanan Fry - Artemia / BBS

ARTEMIA  (BRINE SHRIMP)

Artemia ataupun juga dikenali sebagai Brine Shrimp merupakan salah satu jenis makanan fry yang boleh diberikan kepada fry ikan laga. Artemia merupakan sejenis hidupan laut yang kecil, tergolong dalam kelas krustasia seperti udang, ketam dan lain-lain.

KENAPA ARTEMIA?

Artemia kaya dengan nutrient yang diperlukan bukan sahaja untuk fry ikan betta tetapi juga untuk fry ikan-ikan hiasan yang lain termasuk ikan guppy, swordtail dan sebagainya. Nutrien di dalam artemia atau bbs sangat bermanfaat untuk tumbesaran fry-fry ikan hiasan.


Artemia Dewasa
Di pasaran, terdapat pelbagai jenama telur artemia di pasaran. Anda boleh mendapatkannya di kedai-kedai akuarium mahupun daripada seller betta sendiri. Teratak betta ada menjualnya secara runcit > klik di sini >> http://bit.ly/2Qwvxb4

Pengunaan artemia ini sangat berkesan terutamanya pada musim hujan, di mana moina ataupun kutu air payah untuk didapati. Kebiasannya, artemialah sebagai pengganti kepada moina (untuk fry).
Contoh jenama telur artemia di pasaran

KELEBIHAN 

Apa yang best kalau guna artemia ni? tak ke mahal kosnya??

Ya, kosnya agak tinggi tetapi,berdasarkan pengalaman TERATAK BETTA, pengunaan artemia ini walaupun agak cerewet tetapi fry lebih cepat membesar dan kurang risiko daripada terkena penyakit terutamanya velvet.

KEKURANGAN

Apa yang tak best dengan artemia ni?

Hurm, pertamanya dari segi kos semestinya. Kos artemia agak tinggi jika digunakan dalam skala besar. jika setakat satu atau dua spawn, boleh tahan lagi. tapi kalau dah berpuluh spawn, penat jugak la.. hehe

Yang kedua, cerewet. Sebab apa? Telur artemia yang dibeli harus ditetaskan dahulu untuk supaya bbs itu menetas. Nauplii itulah yang kita berikan kepada ikan untuk makan. Masa untuk menetas pula, kebiasaannya 24 jam. Maknanya jika nak guna petang esok, petang ni dah kena buat dah. Macam tuu.. Lepas tu bila dah menetas, kita kena asingkan kulit dia pulak..

Walaupun di pasaran ada jual yang pre'hatch' atau decapsulated, tetapi fry akan lebih tertarik dengan benda yang bergerak. Dari situlah mereka belajar memburu makanan.

So, korang pilihlah yang terbaik ye!

Nak tahu cara tetaskan artemia/bbs?

Tengok youtube -


atau 



Comments

  1. artemia hanya wujud di tasik air masin..bukan di laut :)

    ReplyDelete

Post a Comment